June 26, 2024

Tribulasi Perjuangan Anwar Ibrahim

8 min read

Perjuangan menegakkan syarikat Islam di dunia ini sangat sukar kerana syaitan dan kuncu-kuncunya tidak akan berdiam diri melihat perkembangan ini. Ramai sekali syaitan-syaitan yang bersosok manusia akan meletakkan ranjau-ranjau sepanjang jalan perjuangan menegakkan syariat Islam.

Sebenarnya para pendakwah hanya inginkan cara hidup Islam (Islamic way of life) dipraktek di negara Malaysia yang tercinta ini kerana keunggulan nilai-nilai Islam yang Allah jamin sejak Dia menciptakan bumi ini dan kemudiannya mencipta manusia melalui Adam dan Hawa.

Sejak muda DS Anwar Ibrahim mengorbankan dirinya untuk tujuan ini dan yang sangat aneh ialah golongan Islam sendiri yang menentang cita-cita beliau.

Menurut makalah yang diterjemahkan oleh Ibrahim Mat Isa mengenai kisah mehnah dan tribulasi DS Anwar Ibrahim yang beliau ceritakan di TEDx, Gaston Hall, Georgetown University, November 15, 2014.

DS Anwar Ibrahim memperkenalkan Namanya dan dari mana beliau berasal dan menyatakan bahwa beliau pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM). Beliau sekarang ketua pembangkang parlimen Malaysia.Beliau menyatakan betapa gembiranya beliau kembali ke Georgetown University dan menyatakan bahawa isteri beliau sebut bahawa tahun-tahun terbaik adalah semasa berada di universiti ini. Wacana tentang pendidikan ‘excellence without a soul’ – ‘kecemerlangan tanpa ruh’ semestinya bergema dengan mekar di sini kerana isu kepercayaan, nilai, etika dan keadilan sosial diterap dan tertanam kukuh ke dalam sanubari universiti ini.

Beliau memohon izin untuk berkongsi perjalanan beliau yang sudah tentu tidak sehebat Ithaca. DS Wan Azizah akan ungkapkan semula seperti puisi Robert Frost, The Road Not Taken, ‘jalan yang kurang dilalui kepada kembara yang jarang dijejaki’ atau ‘kembara orang gila’.

DS Anwar Ibrahim menyatakan bahwa bermula dengan era tahun 70’an. Sewaktu itu beliau seorang pemimpin sosial, aktivis pelajar. Pada masa itu di wilayah utara, telah dilaporkan tentang kemiskinan tegar dan kebuluruan orang kampung. Kami pun memimpin tunjuk perasaan besar-besaran dan tindakbalasnya penangkapan beramai-ramai. Tunjuk perasaan berjalan selama dua minggu, kemudiannya beliau ditangkap di bawah akta kejam Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA). ISA sepertimana undang-undang hasutan yang diperkenalkan oleh penjajah Inggeris tetapi masih digunakan. Penangkapan beramai-ramai menjadi penahanan besar-besaran. Beliau merengkok di dalam tahanan selama dua tahun. ISA bermakna tiada perbicaraan, tiada proses pembelaan, hanya satu catatan pena tercalit dan itu sahaja. Dua atau sepuluh tahun lamanya tahanan penjara semata-mata ditentukan budibicara menteri dalam negeri.

Selepas dua tahun penjara, beliau dibebaskan. Beliau teruskan gerakerjanya bersama belia Islam, dengan belia Malaysia, dengan Kristian, penganut Buddha, Hindu bersama di dalam Majlis Belia Malaysia, berbicara tentang reform, keadilan sosial, kebebasan dan demokrasi. Beliau sentiasa yakin bahawa Malaysia selaku sebuah negara membangun mesti matang sebagai sebuah demokrasi. Ia mesti menghormati kedaulatan undang-undang dan kebebasan hati nurani – ‘freedom of conscience’.

Kemudian, beliau menyertai kerajaan dengan berkeyakinan serius tentang betapa perlu reform di dalam sistem governan. Beliau naik dengan pantas daripada timbalan menteri kepada menteri penuh, kepada menteri kewangan sehingga menjadi timbalan perdana menteri. Laporan media seperti gambar beliau disiarkan pada muka depan majalah TIME sebenarnya tidak membantu beliau kerana pihak atasan tidak menyukai hal itu. Sememangnya mereka melihat kita sebagai pesaing yang serius.

Tiba peristiwa hitam September 1998. Oleh kerana beliau riuh mendesak agar berlaku reform, supaya ada perubahan di dalam sistem dan beliau telah memperkenalkan perubahan-perubahan besar dalam undang-undang pencegah rasuah, beliau terpaksa berhadapan dengan kemarahan golongan paling korup di negara.

Seperti anda tahu, Malaysia pada tahun 90’an merupakan bintang bersinar di Asia Tenggara, kadar pertumbuhan tertinggi, pasaran modal tertinggi, kedudukan kedua hanya kepada Singapura dari segi kepersaingan dan mendapat pelaburan asing tertinggi FDI. Tetapi kami mempunyai masalah jurang melebar Genie coefficient di antara yang kaya raya dengan yang papa kedana. Ketidaksaksamaan ini menjadi masalah. Apabila kritikan-kritikan meningkat menentang sebahagian polisi-polisi lapuk governan berbaur autoritarian, beliau mengambil isu ini dengan harapan untuk merubah sistem.

Akibatnya, beliau ditangkap dan dipukul teruk seperti anda tahu. Saya mendapat ‘penghormatan’ dibalun bukan oleh anggota polis biasa tetapi Ketua Polis Negara (IGP) sendiri sewaktu tangan beliau digari. Oleh itu beliau telah mempelajari daripada pengalaman ini bagaimana untuk memilih seorang IGP. Kesannya, demonstrasi besar-besaran dan perhimpunan-perhimpunan protes orang ramai. Reaksi polis seperti disangka dan dijangka adalah brutal dengan penangkapan beramai-ramai. Beliau diserang dan dibiar cedera tanpa rawatan selama lima hari, dengan pukulan-pukulan boleh membawa maut oleh IGP. Respon perdana menteri waktu itu adalah meremehkan dan menafikan dengan mendakwa, “Anwar seorang pelakun dan kecederaan itu dilakukannya sendiri.” Tetapi beliau ucapkan penghargaan kepada sokongan media antarabangsa, masyarakat madani, organisasi HRW dan Amnesty International, rakan-rakan baik, Mary Robinson yang bertemu dengan anak beliau, memberi sokongan, masa dan dorongan, John Howard di Australia, BJ Habibie di Indonesia, Estrada di Filipina dan sudah tentu sahabat karib beliau Al-Gore yang dengan jelas dan tegas menyatakan sokongan dengan mempertahankan kebebasan dan reform – ‘reformasi’.

Bertambahlah lagi enam tahun tahanan bersendirian ditokok kepada dua tahun sebelum ini menjadikan jumlah lapan tahun terpenjara. Lihatlah kamar penjara ini, tidaklah ada apa-apa, beliau masih ada katil. Dan tempat bagi bertafakur, merenung dengan indah, berzikir, membaca karya-karya kelasik, mengulangbacaan seluruh karya Shakespeare sebanyak empat setengah kali bersama nota-nota panjang lebar. Sekira anda berhasrat melakukan semua ini, masuklah penjara. Alangkah hebatnya karya-karya kelasik. Ramai rakan-rakan beliau di sini, profesor-profesor, dekan-dekan telah membantu. Mereka mengirimkan beliau buku-buku. Beliau mempunyai banyak masa untuk menelaah karya-karya, al-Qur’an, Bible, Bhagavad Gita, Confucius and kelasik-kelasik daripada Anna Akhmatova hingga Pasternak, sebutkan saja.

Orang alim menganjurkan saya membaca al Qur’an, menghafaz, solat dan berzikir dan beliau lakukan ini semua. Tetapi beliau juga lakukan perkara-perkara lain. Beliau juga sibuk menyanyi lagu-lagu Elvis Presley, Ricky Nelson, Neil Sedaka dan The Beatles termasuk lagu Hindi dan lagu Melayu. Oleh itu, jika anda mula menghafal lagu-lagu dari sekarang, apabila anda ditahan, ada banyak masa untuk bertafakur dan masa bersantai menyanyi sekuat-kuat hati tanpa sebarang gangguan.

Pada September 2004, mahkamah persekutuan membatalkan keputusan kesalahan dan membebaskan beliau. Di antara lawatan pertama beliau adalah memenuhi jemputan Presiden Nelson Mandela. Mandela menjemput kesemua keluarga beliau ke Johannesburg. Beliau berbual panjang dengan Mandela. Mandela memandang kepada anak-anak DS Anwar Ibrahim, yang pada ketika itu masih kecil-kecil lagi pada 2004.

Terkesan nada kesedihan apabila dia berkata, “Anwar, maafkan saya kerana tidak dapat berbuat yang lebih baik untuk kamu. Orang kata kita gila kerana membawa sengsara kepada isteri, anak, keluarga dan kawan-kawan. Beliau membalas, “Madiba, kita mungkin gila tetapi masih siuman. Tetapi beliau memperolehi kekuatan dan dorongan daripada mengenali kamu dan membaca kisah kamu. Semasa di penjara, sebuah buku terbaik yang saya baca adalah ‘The Long Walk to Freedom’ dan pengalaman beliau (DS Amwar) hanyalah ‘a short walk to freedom’.” Mandela pun ketawa. Inilah dia seorang lagenda dan insan hebat Nelson Mandela yang bukan bercakap tentang mehnah tribulasi dirinya. Dia fokus kepada pengalaman DS Anwar. Sebenarnya beliau agak tersipu kerana ujian beliau tidaklah seberat berbanding dengan apa yang dia (Mandela) mengharungi.Beliau datang semula ke Georgetown kerana setelah beliau bebas, melainkan lantikan singkat di Oxford dan John Hopkins, Presiden DeGioia, Professors Esposito and Voll mempelawa DS Anwar menyertai staf mengajar di sini. Sepertimana beliau sebutkan sebelum ini, beliau ulangi bahwa Georgetown sebuah institusi hebat kerana beliau mempunyai banyak titik persamaan tentang kefahaman konsep pendidikan, falsafah, ideal dari segi kecemerlangan, maruah dan kehormatan, etika dan moral kesemuanya terpahat pada institusi gemilang ini.

Kemudian pada 2008, neliau terpaksa pulang ke Malaysia kerana dikehendaki memimpin sebuah pakatan besar pembangkang Malaysia bagi menghadapi pilihanraya umum. Ini bukanlah pilihanraya seperti anda lalui. Di sana tidak ada media bebas. Beliau tidak menikmati seminit pun ruang ke udara TV. Tetapi kami masih meraih bilangan sokongan yang besar pada waktu itu. Oleh kerana sokongan besar ini, maka media seperti majalah Newsweek memaparkan kisah beliau sebagai ‘from hell and back’ – beliau telah ‘kembali daripada neraka’ tanpa menjangkakan bahawa tidak lama kemudian beliau sedang dihantar ‘balik ke jahanam’ – ‘sent back to hell’.Jarang sekali sebelum ini ada tuntutan kuat dan rakyat bergema untuk pilihanraya bebas dan adil. Pada 2013, kami meraih 53% undian popular tetapi anda jangan terperanjat, kerana beliau masih kekal ketua pembangkang dengan hanya 40% bilangan kerusi di parlimen. Mungkin beliau senasib dengan Al Gore. Tetapi ini memarakkan peranan belia dan anak muda. Anak muda menuntut beliau memakai pakaian hitam sebagai tanda protes. Anak-anak muda memimpin kempen dan perhimpunan besar-besaran mengutuk penipuan pilihanraya dan kerana walaupun kita menang undi popular tetapi gagal menjadi kerajaan.

Sebelum ini beliau ada membayangkan tentang keputusan mahkamah tinggi membebaskan beliau. Tetapi kemudian, mahkamah rayuan mensabitkan dan menjatuhkan hukuman lima penjara kerana apa yang digelarkan sebagai ‘sodomi II’. Ia semacam kesinambungan. Inilah sodomi walaupun dapatan klinikal jelas membuktikan ‘no penetration’. Tetapi ia hanya boleh berlaku ke atas manusia ‘superman’ seperti beliau.

Beliau telah diberi pilihan. Rakan-rakan di sini termasuk mantan naib presiden Al Gore bertanya kepada beliau, “Kenapa perlu beliau pulang ke Malaysia?” kerana mengetahui tentang kepincangan sistem governan dan perundangan di Malaysia. Beliau memberitahu Al Gore bahawa beliau terhutang budi kepada rakyat Malaysia. Bagaimanakah beliau hendak menerangkan kepada kawan-kawan muda, anak-anak mereka, agar meneruskan agenda perjuangan reform, untuk keadilan, bagi orang Melayu, Cina, India dan penduduk pribumi Sabah dan Sarawak, serta semua yang lain? Jika beliau pilih jalan mudah, beliau akan meninggalkan mereka meneruskan perjuangan. Oleh itu, beliau mesti pulang.

Beliau bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang hebat. Isteri dan anak-anak bukan sahaja menyokong, mendokong penuh tetapi mereka semua komited sepenuhnya kepada idealisme perjuangan. Dan lebih penting lagi, beliau terhutang budi kepada rakyat Malaysia, Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan semua orang yang mempercayai perjuangan ini, demi kebebasan, untuk demokrasi, demi kedaulatan undang-undang, untuk kebebasan hati nurani. Dan jika ini memerlukan sedikit usaha dan pengorbanan, ia mesti dilakukan.Dan beliau juga berterima kasih kepada sokongan bukan sahaja oleh rakyat Malaysia tetapi daripada seluruh pelusuk dunia termasuk siswazah-siswazah universiti ini. Siswazah Georgetown University adalah di antara yang paling aktif menyokong melalui media sosial, Facebook and twitter. Oleh itu, pada kesempatan itu beliau merakamkan setinggi penghargaan kepada mereka.

Beliau optimis. Mahkamah persekutuan akan membuat keputusan tidak lama lagi. Jika mereka bersidang, beliau terpaksa pulang. Tetapi beliau optimis.Walau bagaimana pun, jika senario terburuk berlaku, beliau bukan pulang ke rumah tetapi akan kembali dihumban ke dalam penjara. Jika demikian, tolong pinjamkan beliau karya-karya kelasik untuk dibaca.Beliau fikir perjuangan untuk demokrasi, untuk kebebasan, untuk keadilan bukan suatu lakaran teori. Ia adalah apa Tocqueville rujuk sebagai tabiat hati – ‘habits of the heart’. Ia adalah isu pegangan. Ia adalah isu keberanian berbekalkan keyakinan, dengan ketabahan, dengan niat yang luhur. Ia adalah prinsip yang tidak boleh dikompromi.Kita dilahirkan bebas. Tidak ada diktator, tidak ada pemimpin kuku besi boleh merampas kebebasan itu daripada kita.

Begitulah hebatnya ucapan DS Anwar Ibrahim pada TEDX di Gaston Hall, Georgetown University, November 15, 2014 dan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan di kalangan pendengar.

Penulis pernah bertemu beliau sekitar tahun 1974 ketika beliau bertamu ke Masjid Salman, Institut Teknologi Bandung (ITB) untuk menjadi tetamu Bapa Prof Dr. Ir. Muhammad Imaduddin Abdul Rahim yang mesra kami panggil sebagai bang Imad sahaja. Ucapan DS Anwar di depan kami sungguh bersemangat dan mempersonakan. Ketika itu penulis sedang belajar di ITB dalam bidang Matematik dan Bang Imad ialah pensyarah di Fakulti Elektro (Electrical Eningeering).DS Anwar Ibrahim tetap konsisten dalam perjuangan beliau bagi menegakkan idealisma keadilan beliau menurut perspektif Islam yang progresif. Semoga perjuangan beliau Berjaya.

Aamiin!!!…

Dr. Ismail Abdullah, Teras Jernang, 15 Oktober 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *